- Guru menjadi pemimpin perlu membentuk hubungan kolaboratif dengan guru-guru lain dan mencari peluang untuk membuat perubahan.
- Guru merupakan pendidik yang profesional yang berminat meneruskan tugas sebagai pengajar dan bukan sebagai pentadbir.
- Tempoh guru untuk menjadi pemimpin berkesan di sekolah biasanya mengambil masa dua puluh hingga tiga puluh tahun berbanding Guru Besar (3-5 Tahun)
- Sekolah yang berjaya bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seorang Guru Besar.
- Walaupun sekolah mempunyai kelengkapan yang lengkap tetapi Guru Besar seorang yang kurang produktif menyebabkan sekolah berkenaan tidak akan cemerlang.
- Jadi, kepimpinan yang cekap sangat penting dalam kepimpinan pendidikan.
- Guru Besar
- Memainkan peranan sebagai kepimpinan profesional.
- Guru besar mempunyai kualiti dan tret yang baik dapat mempamer gaya kepimpinan yang baik, berkesan dan lestari.
- Guru besar mesti memiliki kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan bagi mendapat kepercayaan dan sokongan daripada anggota organisasi.
- Guru besar sebagai tonggak kepimpinan bertanggungjawab menjadikan murid-muridnya memperoleh ilmu kemahiran dan kepintaran pelbagai supaya menjadi modal insan kelas pertama.
- Kepimpinan dan kejayaan di sekolah biasanya tertumpu kepada kepimpinan guru besar.
RUJUKAN: Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Asas Kepeimpinan dan Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sila tekan di bawah untuk rujukan: