Wednesday, 18 September 2013

SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA SEHINGGA TAHUN 1970


I) Rancangan Ekonomi Lima Tahun

-Rancangan pembangunan negara dibahagikan kepada tiga fasa.

-Fasa pertama (1956-1970),Fasa Kedua (1970-1990), dan Fasa Ketiga (1991-2010).

-Bertujuan mempelbagaikan ekonomi bagi mengurangkan pergantungan negara pada getah dan bijih,memperseimbangkan pembangunan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dan memperbetulkan ketidak seimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum bagi memupuk perpaduan negara.


ii)Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

-bertujuan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara(memberi tumpuan kepada sektor luar bandar).

-mempelbagaikan keluaran pertananian dan menambahkan peluang pekerjaan.

-2 matlamat:->membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan                        pendaapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.
                     ->mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

-Rancangan memberi penekanan kepada sektor ekonomi,perkhidmatan sosial,dan sektor awam.

-2 buah agensi ditubuhkan untuk membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar (RIDA-tahun 1953 dan LKTP-tahun 1956)

-RIDA ditukar nama kepada MARA (berperanan menggalakkan,melatih,dan membantu kaum bumiputera dalam bidang sosial dan pendidikan serta ekonomi dan pelaburan)

-LKTP ditukar kepada FELDA(berperanan membaiki taraf hidup penduduk luar bandar),juga berfungsi membuka,memajukan tanah baharu bagi pertanian,penempatan semula,menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.


iii)Rancangan Malaya Kedua


-bertujuan menumpukan dalam menyediakan banyak kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi dikawasan luar bandar.

-bermatlamat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar,menambah peluang pekerjaan,mempelbagaikan pertanian dan perusahaan dan mempebanyakkan kemudahan sosial.

-2 Strategi :->menggalakkan penyertaan rakyat dalam perancangan program pembangunan.

                   ->perancangan program oleh kerajaan berdasarkan permintaan masyarakat                                  tempatan.



No comments:

Post a Comment

Kepemimpinan Sekolah

 Guru menjadi pemimpin perlu membentuk hubungan kolaboratif dengan guru-guru lain dan mencari peluang untuk membuat perubahan.  Guru me...