Thursday, 12 September 2013

ADAB-ADAB TIDUR

Rasulullah s.a.w memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap.Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya berlandaskan ajaran islam,antaranya:




1) Jangan dilewatkan tidur selepas solat isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu,melayani tetamu dan sebagainya
Diriwayatkan daripada Abu Barzah :''Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w membenci untuk tidur sebelum isyak.


2)Berwuduk sebelum tidur
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ''Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu,maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat''.


3)Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi kepada al-Barra'
''Mulakanlah tidur kamu diatas rusuk kanan''.


4)Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidurseperti yang diajarkan oleh Rasululah s.a.w


5)Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut
kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ''Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka''.



Ringksnya ,pengajaran islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan allah.Demikianlah ,ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.

No comments:

Post a Comment

Kepemimpinan Sekolah

 Guru menjadi pemimpin perlu membentuk hubungan kolaboratif dengan guru-guru lain dan mencari peluang untuk membuat perubahan.  Guru me...