7 CARA BERSAHABAT KERANA ALLAH:
1)Memberitahu bahawa kita kasih dan suka padanya
Rasulullah s.a.w bersabda :''Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya.''
(HR Abu Daud)
2)Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
3)Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah s.a.w bersabda:''Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun,sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria .''
(HR mUslim)
4)Segera bersalaman ketika bertemu
5)Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah s.a.w bersabda ''Hendaklah kamu menziarahi sesekali,nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu.''
6)Memberi hadiah.
Rasulullah s.a.w bersabda ''Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang.''
(HR Thabrani)
7)Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
No comments:
Post a Comment